My Life Destination
Sebaik-baik ketua ialah dia yang sanggup menggadaikan harta dan jiwa raga demi insan tercinta.
SETIAP YANG KITA LAUKUKAN, LAKUKANLAH DENGAN KEIKHLASAN, KITA AKAN MENDAPAT GANJARAN...
Sunday, July 1, 2012
Wednesday, October 5, 2011
Adik-Beradik ialah orang yang paling Bahagia.
Abg, adik dan aku..he3..bagi aku,, keluarga adalah anugerah Allah yang paling bermakna dalam hidup aku, aku ada abang yg pling aku syg kt dunia ini..dia ialah sesuatu yang sangat aku hargai..abg kebiasaanya akan lebih pandai dari adik? ya ke? mungkin jugak kot. aku x lah sehebat abg aku.. semasa kecil, impian aku ialah hendak jadi lagi hebat dari abg kesygan aku tu..he3. suatu hari nanti aku nk jadi lagi hebat dari dia..Insya-Allah.. bagi adik aku,, hm...dia ialah adik yang paling aku sayang di duni ini..he3..walaupun dia agak manja, tapi aku syg dia..he3..
Tuesday, September 6, 2011
Heliza Helmi.
he3,,Heliza helmi ialah artis yang paling aku minat sekali,, semenjak aku menonton filem syurga cinta yang dilakonkan olehnya, aku berasa sangat berminat untuk mengenalinya dengan lebih rapat. aku tertarik dengan konsep agama Islam yang dibawanya kepada dunia pada masa kini. aku ingin sangat berjumpa dengannya. Dia telah banyak menyedarkan diriku tentang Islam kepada masyarakat. Walaupun hanya lakonan, aku sangat tertarik. mungkin kamu semua boleh memahami sekiranya melihat keperibadiannya semasa berlakon. Aku sedar kini, Islam adalah cara hidup yang sangat lengkap, kita semua hebat hanya kerana adanya Islam dalam diri kita. Semoga aku dapat berjumpa wanita solehah sebaiknya di dunia ini sebagai pasangan hidup aku..he3...Insya-Allah.
Saturday, May 14, 2011
Long Life School Driving
Semakin kita besar, semakin besar tanggunjawab kita, setelah berehat 2 minggu tiba lah masa untuk remaja yg normal mcm aku ni mengambil lesen untuk kehidupan selepas ni, bagi aku, latihan titi memang payah. banyak kali la aku belajar, tapi test pun aku x lulus..huh. aku harap sgt berjaya. aku dah x ada masa lagi nak main2. Masa depan aku penting ni. kalau x ada lesen, x berguna la aku ada motor ke, kereta ke..hu2..memang payah la. Apabila gagal, baru kita sedar bahawa kita ni dah besar kan. x ada masa dah nak rilek2 lagi..Our job and destiny is still far. Setakat teori tidak memadai, kita juga perlukan kemahiran.
Tuesday, March 15, 2011
Pusat Latihan Khidmat Negara.
Tanggal 4.1.2011, aku di tempatkan di Kem Lagenda, Melaka. boleh tahan la kan. Mula2 memang la rasa bosan, Tapi Kat sini bnyk mengajar aku erti kehidupan sebenar. Bercerita tentang Plkn ni, bnyk rasanya input yg berguna, aku lebih tertarik dgn modul2 dlm kelas, Menampilkan yg terbaik dalam diri sendiri. huhu, Tapi kelas fizikal pun bnyk mencabar minda aku juga. Matlamat aku masuk plkn ni, cuma nk jadi lebih hebat daripada orang lain. I want to prove I also can be success. Aku x nak lagi jadi Haziq yang dulu. aku mahu mempunyai matlamat hidup aku sendiri. Aku mahu jadi yang terbaik. Insya-Allah aku boleh lakukan. aku Mesti Boleh, akhir kata, Thanks for Lagenda for changing me...gud bye ashan..
Monday, December 27, 2010
Zaman persekolahan.
Setiap manusia pasti mempunyai perjalanan hidup yang tersendiri, begitu juga aku. sepanjang peperiksaan SPM, bermacam-macam perkara baru yang aku pelajari,
kadang-kadang aku rasa bertuah kerana berada di Smka Maahad. Sekolah itu, jauh lebih baik dari sekolah lain bagi aku. Seboleh-bolehnya aku mahu terus mengikuti perkembangannya. tapi,,,, setiap pertemuan pasti ada perpiashan, jadi aku rasa tempoh 5 Tahun memang cukup bermakna. Cuma aku sedikit terkilan kerana terlambat menyedari kebolehan aku.Nak wat cmne kan, Kita hanya mampu merancang. DIA yang menentukan..
apa-apapun aku tetap rindukan zaman persekolahan yang cukup manis dan masinnya. hahahaha....!!
-Lepas je habis spm ni aku teringin nak buat blog,, so, aku decide nak buat secara rahsia la. no one can know.. haha..
diserikan dengan lagu....
See You Di IPT
Album : See You Di IPT
Munsyid : UNIC
http://liriknasyid.com
Santun pekertimu
Dan lembut tutur katamu
Menarik minatku
Untukku mendekatimu
Sepucuk surat ku tulis
Menyatakan harapan
Walaupun ku kebimbangan
Kau berbeza pandangan
Namun ku tetap menanti jawapan
C / O 1:
Alangkah riangnya di hatiku
Luahan hasratku mendapat perhatian
Ku terima balasan darimu
Kau jua menyimpan perasaan
Warkahmu memberi kepastian
Hanya kejayaan menentu pertemuan
Setiap kali di akhir katamu
Kau selalu tulis See You D IPT
Guru selalu mengingatkan
Kita dilarang berkasihan
Ketika masih di alam persekolahan
Bangkit semangat keazaman
Memburu cita dan impian
Biar terpaksa rahsiakan hubungan
(Ulang C/O 1)
Guru selalu mengingatkan
Kita dilarang berkasihan
Ketika masih di alam persekolahan
Dengan segala kesungguhan
Ku timba ilmu pelajaran
Tinggal warkahmu menjadi kenangan
Betapa syukurnya di hatiku
Segala impian menjadi kenyataan
Terpancarlah cahaya gemilang
Kini kejayaan di genggaman
Andai kau kembali ku temui
Akan ku menuntut kata-kata dan janji
Kerna diriku masih mengingati
Kau selalu tulis See You D IPT
Subscribe to:
Comments (Atom)










